NSL
NSL: Putrajaya Dynamite miliki ramuan atasi Perak Phoenix dalam separuh akhir



Ketua pasukan Putrajaya Dynamite, Nur Amisya Khairuddin, menghormati sentuhan penjaring Perak Phoenix, Khairunnisa Nazri, yang cukup terkenal dengan kelincahan dan ketepatan jaringannya sepanjang Netball Super League (NSL) 2025 tetapi ada elemen lain yang memacu dalam pertemuan separuh akhir di Stadium Juara, Bukit Kiara esok.
Bagaimanapun, baginya kegusaran itu tidak perlu disuarakan kerana melihat setiap watak dalam pasukannya memiliki kekuatan tersendiri untuk mengisi kelompongan yang ada.
"Kami sangat mengutamakan kekuatan mental dan sentiasa memberikan aksi terbaik tanpa mengira siapa pun lawan kami.
"Dia berikan perincian tentang apa yang kami perlu lakukan di atas gelanggang," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Justeru, dia memetik kelibat ketua jurulatihnya, Puah Pei San, sebagai tunjang utama mereka untuk merekodkan bersih kemenangan sepanjang penilaian daripada awal musim NSL.
"Kami menjalani persediaan awal sempena musim kedua ini," katanya.
Perlawanan kedua separuh akhir menemukan KL Wildcats dan Johor Jewels pada sebelah malam.