NSL: Yeoh Pek Xian sedia sumbang khidmat bersama Pahang Tulips

Saufi Tahir
November 16, 2024 20:34 MYT
Pemain Pahang Tulips musim lalu, Yeoh Pek Syen, mengakui sasaran pasukan untuk berada dalam tiga kelompok terbaik Netball Super League (NSL) 2025 bukan mudah, namun jika dia masih berada dalam rencana pasukan musim ini maka misi itu mendapat jaminan darinya.
Bekas Wartawan Astro Arena itu turut serta dalam proses pemilihan pasukan Pahang Tulips bagi saingan NSL 2024 yang akan berlangsung tahun hadapan sebagai tanda masih mahu menyumbangkan khidmat buat pasukan itu.
Persaingan melibatkan pemain muda dan muka baru menambahkan lagi cabaran untuk Pek Syen mendapatkan tempat namun berbekalkan pengalaman yang ada situasi itu bukan halangan buat pemain tinggi lampai itu.
"Untuk sekarang masih terlalu awal untuk berkata apa-apa, kami tidak nampak pasukan lain punya pembentukan lagi dan pasukan sendiri juga masih dalam sesi pemilihan.
"Cuma berharap kami boleh beri saingan yang hebat dan cuba berada dalam tiga kelompok terbaik sekiranya saya terpilih."
"Saya berharap Pahang tahun depan boleh membawa cabaran yang lebih hebat berbanding sebelum ini." katanya.
#Bola Jaring #NSL #Pahang Tulips #Yeoh Pek Xian
;