NSL
NSL: Terengganu Marvels mulakan kempen dengan reputasi berbeza, titik Negeri Sembilan Venom 69-38
Terengganu Marvels memulakan kempen Netball Super League (NSL) dengan langkah kanan apabila menumpaskan Negeri Sembila Venom dengan jurang jaringan yang besar, 69-38, di Stadium Juara, Bukit Kiara, sebentar tadi.
Hasil daripada terlepas ke slot separuh akhir musim lalu, Marvels tampil menawarkan permainan berbeza yang menyaksikan kekuatan utama mereka ditunjangi dua khidmat pemain import baru selain dikemudi jurulatih, Siti Nor Farhana Muatafa.
Kelibat Matila Vokea selaku penyerang (GS) cukup agresif dalam memastikan Marvels memimpin aksi di separuh masa pertama dengan kelebihan 36 berbalas 24.
Venom berusaha untuk bangkit pada suku ketiga permainan menerusi tonggak tinggi lampai dari Thailand, Arirak Ampharat, namun segalanya dipatahkan oleh ketangkasan seorang lagi pemain import Marvels, Reama Verekauta.