NSL: Terengganu Marvels buru kelompok tiga terbaik

Ammar Hakim
September 22, 2024 19:38 MYT
Terengganu Marvels yang mula langkah pertama dalam pembentukan pasukan lebih baik, bagi saingan Netball Super League (NSL) yang akan membuka tirai Februari depan.
Sesi pemilihan dijalankan hari ini bagi mencari kekosongan lima hingga enam slot untuk Terengganu memenuhi sasaran terbaru berada dalam kelompok tiga terbaik untuk penganjuran kali keempat.
Jurulatih Marvels, Siti Nor Farhana Mustafa, mengakui, beberapa pemain berjaya menarik perhatiannya untuk perkuat pasukan, namun keputusan penuh hanya akan diumumkan dua minggu dari sekarang.
Sementara itu, bekas atlet kebangsaan, Izyan Syazana, akhirnya terima pelawaan kali kedua Terengganu selepas hasrat kali pertama terpaksa ditolak ekoran baru sahaja melahirkan anak ketiga pada 2023.
Sudah pasti kelebihannya sebagai pemain kebangsaan mampu menambah baik kemampuan Terengganu bagi musim keempat.