NSL
NSL: Putrajaya Dynamites garang atasi Selangor Angels
SELANGOR ANGELS 34 PUTRAJAYA DYNAMITES 73
Kegagalan awal Selangor Angels untuk mengekang pergerakan 'goal attack serta goal shooter ' Putrajaya Dynamites iaitu Puteri Intan Balqis Ahmad Dzulkefli dan Diyanah Noor Sabadinee membawa padah kerana tamat suku pertama, Selangor ketinggalan 6-14.
Cerita yang sama berulang dalam suku kedua pertemuan Netball Super League (NSL) di Stadium Juara, Bukit Kiara itu, apabila Putrajaya memperoleh 14 mata berturut-turut tanpa balas daripada Selangor menuju ke waktu rehat dengan kelebihan sebanyak 26 mata.
Ternyata Putrajaya terlalu handal dalam suku ketiga dan dominasi mereka memastikan jurang dua-dua pasukan terus melebar.
Anak buah Rizal Khalid cuba mengatur asakan dalam suku terakhir, namun apakan daya kecundang buat kali kedua musim ini dengan keputusan muktamad 34-73.