Memiliki pengetahuan mendalam mengenai pemain kebangsaan memberikan kelebihan kepada jurulatih Putrajaya Dynamites, Puah Pei San, yang mencipta sensasi bersama pasukannya dalam saingan Netball Super League (NSL) 2024.
Bekas kapten kebangsaan itu hanya memerlukan dua musim untuk membuktikan keupayaannya, dengan kejayaan mencipta kejutan menewaskan juara bertahan, Johor Jewels.
Kini, cabaran seterusnya menanti apabila Putrajaya Dynamites bakal berdepan Kuala Lumpur Wildcats malam ini.
Puah Pei San berhasrat untuk terus mendominasi perlawanan dengan memanfaatkan kelebihan yang dimiliki.
Puah Pei San cukup arif dengan kemampuan Lisya Rani, Pavitra, Akida, dan Soleha, empat pemain KL Wildcats yang juga merupakan tonggak skuad kebangsaan, dan sedang merangka strategi terbaik bagi menghadapi perlawanan penting itu.
“Antara pemain KL Wildcats yang pernah berada di bawah bimbingan saya ialah Isya, Publisha, Solehah, dan Akkida.
“Saya juga pernah menjadi jurulatih mereka di peringkat remaja kebangsaan dan Asia.
“Itu merupakan satu kelebihan buat saya sebagai jurulatih Dynamites kerana saya sudah mengenali corak permainan mereka.
“Jadi, saya dapat menerapkan strategi terbaik kepada pasukan bagi mengatasi KL Wildcats pada malam ini,” jelasnya.
Menjelang aksi pada Jumaat, Puah Pei San menegaskan bahawa kegagalan tidak boleh mengganggu momentum terbaik Putrajaya Dynamites dalam saingan Netball Super League (NSL) 2024.
Tambahnya, pasukan perlu terus mengutip mata bagi mengukuhkan kedudukan serta memastikan mereka kekal di puncak liga musim ini.
“Untuk mengekalkan momentum bukanlah sesuatu yang mudah.
“Saya hanya mahu pasukan terus fokus, mengekalkan rentak permainan, dan menghadapi setiap perlawanan satu demi satu.
“Apa yang penting adalah bagaimana kami mengatasi setiap cabaran dan memperbaiki prestasi dari satu perlawanan ke perlawanan seterusnya,” jelas Puah Pei San