NSL pemangkin kerancakan bola jaring negara

Shaiful Shamsudin
Mac 11, 2021 17:48 MYT
Netball Super League (NSL) sah akan membuka tirai pada 19 Mac ini selepas lapan pasukan bola jaring diundi dalam dua Kumpulan A dan B.
Persatuan Bola Jaring Malaysia (PJBM) menjelaskan pihak berwajib telah memberi lampu hijau buat liga edisi pertama itu diadakan dengan kawalan keselamatan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Undian yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara, sebentar tadi menyaksikan pasukan Johor Jewels berdepan laluan sengit selepas ditempatkan dalam Kumpulan B di samping Selangor Angels.
KL Wildcats pula tidak ambil mudah terhadap cabaran dalam Kumpulan A biarpun mereka dianggap sebagai pasukan yang digeruni.
Presiden Persatuan PJBM, Alwiyah Talib, berharap edisi pertama NSL dapat membuka pelantar yang lebih luas buat sukan bola jaring di Malaysia selain akan memastikan tahap keselamatan yang tinggi ketika kempen liga berlangsung selama sebulan kelak.
Kumpulan A
Perak Phoenix
Melaka Mystique
Kuala Lumpur Wildcats
Kedah Sunshine
Kumpulan B
Johor Jewels
Pahang Tulips
Negeri Sembilan Venom
Selangor Angels
Ikuti kesemua perlawanan secara eksklusif di Astro Arena Saluran 801 dan HD 802
#Bola Jaring #NSL #Netball Super League