Bahang Liga Super Bolajaring (NSL) kian terasa menjelang hari undian esok.
Skuad Kedah Sunshine menghadapi persiapan kurang memuaskan ekoran kekangan masa setiap barisan pemain yang tidak dapat bersama.
Ketua pasukan Kedah Sunshine, Noor Maslydia Manshor, berharap tuah memihak kepada Kedah tidak diundi bersama dua pencabar sengit liga edisi pertama ini.
Maslydia yang turut bekerja sebagai cikgu mengakui gusar apabila skuad dari utara itu tidak dapat membuat persiapan rapi menjelang aksi pertama NSL.
Apa yang lebih membimbangkan adalah tentang keserasian barisan pemain yang kebanyakannya pemain muda apabila bakal mempertaruhkan hanya empat pemain berpengalaman.
"Skuad ini dibentuk menerusi pemain senior dan muda, ada yang belum pernah beraksi sepasukan.
"Memang ada sedikit kebimbangan dan kami kombinasi antara kami hanya akan terhasil dalam perlawanan sebenar kelak, ia tidak dapat dijelmakan dalam latihan," katanya.
Undian NSL yang akan berlangsung esok, Maslydia berharap pasukannya tidak diundi bersama skuad Johor Jewels dan KL Wildcats selaku pencabar dianggap sengit dalam misi merebut kedudukan empat terbaik liga.
"Secara tradisinya KL dan Johor boleh membuatkan pencabarnya berasa gerun, kalau pasukan lain dengan nama meraka agak gentar.
"Sasaran pertama kami adalah untuk menempatkan diri dalam empat pasukan terbaik, kami belum nampak lagi sejauh mana saingannya."