Skip to main content

Sukan Lain

NSL: Johor Jewels tepati jangkaan tundukkan Melaka Mystic

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

johor-jewels_1.jpg
Johor Jewels meneruskan rekod kebal dalam kempen Liga Super Bola Jaring (NSL) 2022 dengan pasukan yang belum mengecapi sebarang kemenangan lagi, Melaka Mystic, petang tadi.

Jewels mendahului 12-6 dalam suku pertama dan pasukan Hang Li Poh itu tidak lagi mampu mengekang ketajaman lawan yang makin selesa menjarakkan mata kepada 32-10.

Jewels enggan mengendurkan asakan apabila mendahului 52-20 mata sejurus selepas rehat sebelum menghadiahkan kekalahan keenam berturut-turut kepada Mystic dengan keputusan muktamad 68-24.



 

Advertisement

Must Watch Video