NSL
NSL: Bola itu bulat -- Jurulatih Selangor Angels
Jurulatih Selangor Angels, Nurhayati Anim Abdul Rahman, melaungkan amaran bakal merampas kejuaraan daripada Johor Jewels dalam saingan Netball Super League (NSL) yang akan berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara, esok.
Kelebihan yang dimiliki oleh barisan pemain adalah mereka mampu beraksi di setiap posisi bagi memastikan peluang menggondol trofi sulung berjaya dihasilkan.
"Semua sudah bersedia! Kami sudah melakukan persiapan yang rapi.
Iklan
"Bola itu bulat. Memang kami meletakkan sasaran untuk menjadi juara dan memberi saingan kepada semua pasukan," katanya di Nadi Arena.
Sementara itu, bagi jurulatih Putrajaya Dynamites, Puah Pei San, yakin dengan kemampuan pemain tempatan dan dua tonggak import yang dimilikinya bakal membawa cabaran terhadap pasukan lain.
Edisi lalu menyaksikan mereka mengakhiri kedudukan di tempat keempat akan menjadi suntikan semangat untuk terus memperbaiki rentak dalam kejohanan kali ini.
"Tujuan utama kami ialah untuk memperbaiki prestasi pasukan. Kami tidak mahu terlampau yakin tetapi tetap mahu meraih impian kami," katanya.
Must-Watch Video