NSL
NSL 2025: Pahang Tulips bangkit atasi Terengganu Marvels, Johor Jewels tewas lagi
Pahang Tulips meraih kemenangan tipis selepas mengatasi Terengganu Marvels 52-52 dalam saingan minggu kedua Netball Super League (NSL) 2025 di Stadium Juara, Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Hamsana Shamin membariskan skuad terbaiknya seperti Thishala Tharani (GS), Nurirdina Sumaya (GA), Nurain Humaira (WA), Fara Shafira (C), Fatin Ellysa (WD), Liyaara Malmi (GD) dan Shandralelka (GK).
Manakala, Terengganu Marvels pula diperkuatkan oleh Matilda Vocea (GS), Fatin Najiha (WA), Izyan Syazana (GA), I'dha Syamimi (C), Najiha Iman (WD), Reama Verekauta (GD), dan Nuriz Shazleen (GK).
Iklan
Kedua-dua pasukan beraksi seimbang dalam aspek serangan dan bertahan dalam aksi suku pertama dan kedua untuk kedudukan berakhir dengan anak buah Farhana Mustafa terlebih dahulu mendahului 28-23.
Begitupun, Pahang kembali bangkit merapatkan kedudukan untuk mengikat Terengganu 43-43 dalam suku keempat dan momentum itu diteruskan untuk menewaskan Terengganu 52-51.
Dalam pada itu, satu lagi perlawanan menyaksikan juara bertahan dua kali berturut-turut, Johor Jewels tumbang buat kali kedua kepada KL Wildcats 38-55.
Kemenangan itu mengukuhkan lagi kedudukan KL di tangga kedua carta liga selepas empat perlawanan, manakala, Johor Jewels di ranking ketiga dengan sembilan mata dalam saingan minggu kedua NSL 2025.
Must-Watch Video