NSL
NSL 2023: Johor Jewels terus pamer dominasi
Johor Jewels terus melakar kemenangan untuk minggu kedua saingan Netball Super League (NSL) selepas mengatasi Negeri Sembilan Venom sebentar tadi.
Bertemu lawan yang berada di kedudukan kelapan, Jewels tidak memberikan sebarang peluang untuk mereka mendominasi suku pertama 19-1.
Walaupun ada kebangkitan yang dipamer anak buah Nurul Ain dengan 28 peluang terhidang namun hanya dua saja yang berjaya dilepasi di suku kedua kerana kesukaran menembusi Gayani Samanthika dan Noor Azilah yang lebih ampuh.
Tiada belas kasihan! Ungkapan yang layak diberi kepada An Najwa Azizan yang terus garang dan lunas tanggungjawab selaku goal shooter Jewels untuk melebarkan kedudukan 59-8 di suku ketiga.
Nur Nadhirah yang bertindak sebagai wing attack dalam pertemuan ini layak diberi MVP kerana usahanya yang banyak memudahkan tugas rakan sepasukan.
Sedikit perubahan posisi dilakukan Venom di suku terakhir namun masih belum cukup untuk menandingi kekebalan kubu Jewels untuk Venom akur dengan kekalahan 18-70.
Dalam satu lagi aksi menyaksikan KL Wildcats kendalian Norizan Rejab terus mempamerkan aksi mengujakan dalam meraih kemenangan keempat liga mereka ke atas Pahang Tulips dengan 63-36.