Ahli jawatankuasa Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM), Datuk Musa Omar, yang akan mencari jalan supaya penembak negara berpeluang menyertai kejohanan sebagai persiapan ke Sukan SEA Hanoi, 2021 nanti.
Sukan yang tidak membabitkan sentuhan badan itu muncul antara sukan yang dibenarkan untuk menjalani latihan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Menurut Musa, penyusunan program akan dirancang semula untuk penembak negara yang akan membuat persiapan menghadapi temasya dwitahunan itu di Vietnam nanti.
Ia termasuk kejohanan persahabatan sesama pemain negara tatkala penularan wabak Covid-19 merencatkan pelan asal mereka.
"Kami akan berusaha mencari jalan bagi memastikan setiap perancangan dapat dilengkapkan bagi memastikan atlet dapat menyertai pertandingan. Ia merupakan perkara yang sangat penting bagi mereka untuk menyertai kejohanan bagi memastikan setiap atlet berada dalam tahap bersedia dan meningkatkan kekuatan mental mereka," kata Musa.