Skip to main content

Tenis

Novak Djokovic pun layan KPop Demon Hunters!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

novak.jpg
Daripada smash membunuh ke ‘dancing dad’ dalam Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS)! Kalau sebut nama Novak Djokovic, semua orang tahu yang dia merupakan legenda tenis dunia tapi kali ini dalam kejohanan itu, Djokovic bukan sahaja memenangi perlawanan, dia juga memikat hati penonton dengan gerak tarian yang tak disangka-sangka. 

Selepas menewaskan Taylor Fritz di aksi suku akhir, Djokovic meraikan kemenanganya dengan lakukan tarian “Soda Pop” yang diambil daripada filem animasi KPop, Demon Hunters, yang tular baru-baru ini lebih-lebih lagi untuk anak kecil dan remaja.
 


Tarian tersebut juga adalah hadiah istimewa buat anak perempuannya, Tara, yang menyambut hari lahir kelapan tahun ini kerana ia merupakan peminat filem tersebut sehingga mengajar Djokovic pelbagai koreografi tarian tersebut di rumah.

Dalam temubual selepas perlawanan, ‘The Joker’ menyatakan yang ini merupakan hadiah terbesar buat anaknya dan meminta Tara untuk menilai prestasi tariannya pula. 

Such a cool and cute dad! Inilah sisi Djokovic yang jarang kita nampak, bukan hanya seorang mesin tenis atas gelanggang tetapi juga seorang ayah yang lembut hati.

 

Dalam pada itu, momentum kemenangan ini mendorong Djokovic dalam aksi separuh akhir Terbuka AS yang merupakan Grand Slam ke-53 dalam kariernya yang akan berlangsung awal pagi esok dan akan berdepan lawan sengit, Carlos Alcaraz, sekali gus dalam misi buru gelaran Grand Slamnya ke 25!

Advertisement

Must Watch Video