Skip to main content

Sukan Lain

Nor Farah Ain terkilan gandingan dari Sweden kurang membantu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

farah-ain.jpg
Pemain wanita nombor satu dunia dalam sukan boling padang, Nor Farah Ain Abdullah, terkilan apabila World Bowls meletakkan dirinya digandingkan bersama pemain dari Sweden, Oolle Backgren, bagi Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia di Guernsey pada April lalu.

Ia berikutan gandingannya dikatakan kurang berfungsi dan tidak membantu untuk dirinya meraih mata ketika melakukan ‘drive’ dan ‘draw’ dalam acara mixed pairs.

Situasi ini turut menggangu fokus Farah Ain dalam acara perseorangan di mana menyaksikan dia turut kecundang.

Kekerapan melakukan ‘drive’ serta teknik yang serba tidak menjadi mempengaruhi keputusan dalam aksi peringkat kumpulan, sekali gus gagal mempertahankan kejuaraan yang diraihnya pada edisi lalu. 

"Saya juga sangat terkilan dengan atlet yang digandingan oleh World Bowls kepada saya, bagi saya sebagai atlet muda mempunyai sasaran di sana.

"Tetapi setelah digandingkan dengan pemain yang pergi hanya untuk perlawanan sahaja mereka hanya bersuka-ria. Kemudian digandingan dengan orang sebegitu, mentaliti saya sudah lain.

"Jurulatih juga nampak permainan saya di sana, cuma rezeki tidak berpihak saya membuatkan saya tertekan dengan pasangan itu." katanya.

Advertisement

Must Watch Video