Atlet boling padang negara, Nor Farah Ain Abdullah, mengekalkan kecemerlangannya melakar kemenangan pada penampilan sulung di pentas antarabangsa selepas membawa pulang satu pingat emas acara fours dan perak, saingan triple.
Farah, diberi kepercayaan barisan kejurulatihan, Zuraidi Puteh, untuk mewarnai kejohanan berprestij, sebagai misi keduanya iaitu kejohanan dunia dalam dewan di Guernsey, England.
Selain giat menjalani latihan intensif, Farah harus menyesuaikan diri dengan permukaan padang yang berbeza berbanding Kejohanan Asia di Pattaya, Thailand yang lalu, ekoran saingan di England diadakan di dalam dewan.
Farah akan beraksi dalam dua acara, perseorangan dan mix pairs bersama, Izzat Shameer Dzulkeple.
"Saya bukan jaguh kampung jadi langkah pertama yang perlu saya lakukan di Guernsey ialah membuktikan bahawa saya akan mengalahkan juara dunia sebelum ini.
"Saya ada membuat ulang kaji di mana padang di dalam dewan ini sangat berbeza dari kebiasaan. Jadi saya perlu mengubah dari segi balingan bola dan menukar kelajuan agar saya dapat bersaing dengan atlet-atlet yang lain," kata Nor Farah Ain Abdullah.
Najmi Iman
Mon Apr 08 2024