HOKI
Noor Amarina lega tidak dibelasah
Kapten skuad hoki wanita negara, Siti Noor Amarina Ruhani, gembira dengan kebangkitan The Malaysian Tigress dalam aksi terakhir peringkat kumpulan menentang New Zealand di Stade Fallon, semalam.
Meskipun tewas 1-0, skuad kendalian Muhammad Dhaarma Raj Abdullah itu berjaya mengelak daripada dibelasah pasukan di ranking kelima dunia itu.
Bagi Noor Amarina, dapat mengelak daripada diaibkan dengan kekalahan besar kepada pasukan lain seperti Sepanyol dan Australia adalah sesuatu yang boleh dibanggakan memandangkan ranking yang jauh berbeza.
Iklan
“Kami sedar sukar untuk meraih tiga mata.
“Apa yang kami rancang adalah memberikan tentangan sengit kepada pihak lawan dan ia berhasil,” ujarnya.
Sementara itu, seorang lagi pemain kebangsaan, Siti Rahmah Othman, berharap agar rakan sepasukannya mempamerkan permainan yang lebih kemas dalam pertemuan penentuan tempat kesembilan dan ke-10 menentang Scotland, petang esok.
“Diharapkan pemain-pemain akan beraksi sehabis baik untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu kemenangan dan mengelak kedudukan tercorot,” katanya.
Must-Watch Video