Program Pembangunan Golf Junior Kebangsaan (National Junior Development Program (NJDP) dengan kerjasama Sarawak Golf Association (SGA) menganjurkan NJDP-SGA Junior Camp 2025 bertempat di Damai Golf & Country Club, Kuching, Sarawak, dari 7 hingga 10 September 2025.
Seramai 35 pemain remaja elit dari seluruh Malaysia menyertai kem ini yang bertujuan mengenal pasti, membimbing, dan membangunkan bakat-bakat baharu dalam arena golf negara, khususnya di Sarawak.
Majlis perasmian kem ini telah disempurnakan oleh YBhg Datin Patinggi Puan Sri Datuk Wira Lorna Enan Muloon Chan, yang juga merupakan penaung program NJDP-SGA Junior Camp 2025.
Program ini turut menampilkan tenaga pengajar berpengalaman dan berprofil tinggi, antaranya Bekas wakil Malaysia ke Sukan Olimpik Rio 2016, Pro Michele Koh Lay Sia dan Jurulatih bertauliah dalam Mental Game Coaching Pro Koe Lai Yin.

Pengerusi NJDP, Fauzi Mesran, berkata bahawa kem ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Malaysian Golf Association (MGA) dalam mencari dan membentuk pemain golf junior yang berpotensi besar.
"NJDP-SGA Junior Camp 2025 bukan sahaja memberi pendedahan latihan teknikal dan mental kepada pemain, tetapi juga membuka peluang kepada bakat-bakat Sarawak untuk diketengahkan ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa," kata Fauzi.
Selain sesi latihan intensif, kem ini turut menekankan aspek pengurusan minda, strategi permainan, disiplin, dan semangat kesukanan untuk melahirkan pemain golf junior yang berdaya saing.
Penganjuran kem ini diharap menjadi platform penting dalam usaha memastikan kelangsungan bakat-bakat muda, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai salah satu negara pencabar utama dalam arena golf junior di peringkat antarabangsa.
Dapatkan Sekarang

Prestasi Bermula Di Sini
Dengan peralatan yang sesuai, setiap ayunan jadi lebih mantap dan berkesan.
Dapatkan Sekarang