Skip to main content

Sukan Lain

NJDP MGA Kuasai Hari Pertama KGS Junior Open Championship 2025

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

golf.jpg
Pemain remaja kebangsaan di bawah naungan National Junior Development Program (NJDP) MGA mempamerkan prestasi membanggakan apabila menguasai papan kedudukan pada hari pertama KGS Junior Open Championship 2025 yang berlangsung di Kelab Golf Sarawak.

Kategori Lelaki (Boys A&B)

NJDP membuktikan kekuatan mereka dengan menempatkan hampir keseluruhan wakil di kedudukan teratas.

Ammar Aiman Mohd Fauzi (NJDP) – 72 pukulan (Par)

Joshua Lim (NJDP) – 72 pukulan (Par)

Kedua-duanya berkongsi kedudukan pendahulu pada hari pertama.

Sementara itu, lima lagi wakil NJDP turut berada dalam kelompok utama dengan catatan 75 pukulan (+3):

Anis Dylan Simono (NJDP)

Ammer Aiman Abdul Fauzi (NJDP)

Ajmal Amin Fajri (NJDP)

Danial Nazari (NJDP)

Kategori Perempuan (Girls A&B)

Persaingan kategori perempuan turut dikuasai pemain NJDP, dengan tiga wakil berada dalam kelompok utama:

Siti Nur Husna Abdul Karim (NJDP) – 74 pukulan (+2), mendahului saingan.

Jamie Tan (NJDP) – 75 pukulan (+3), di tempat kedua.

Amberly Zaira Zamri (NJDP) – 76 pukulan (+4), di tempat ketiga.

Dominasi NJDP Selepas Kem Elit di Sarawak

Keputusan ini sekali gus mengesahkan dominasi NJDP pada peringkat awal kejohanan, apabila hampir semua kedudukan utama dikuasai oleh pemain program kebangsaan tersebut.

Kejayaan ini hadir hanya beberapa hari selepas penganjuran NJDP Elite Camp Sarawak, yang menampilkan tenaga pengajar berpengalaman seperti Pro Michele Koh dan Coach Koe Lai Yin. Pencapaian cemerlang hari pertama ini jelas membuktikan keberkesanan program latihan intensif tersebut dalam meningkatkan prestasi pemain muda negara.

Dengan baki dua hari lagi saingan sebelum kejohanan melabuhkan tirai pada 14 September 2025, para pemain NJDP dijangka akan terus memberi cabaran sengit dalam misi memburu gelaran juara.

Advertisement

Must Watch Video