Skip to main content

Sukan Lain

Nik Safuan anggap Kejohanan Ragbi SEA 7s medan pembelajaran terbaik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ragbi_1.jpg
Ketua jurulatih ragbi 7 sepasukan (7s) lelaki negara, Nik Safuan Ismade Nik Man, menjadikan keputusan bergelar naib juara Kejohanan Ragbi SEA 7s sebagai medan untuk mengenal pasti kelemahan bagi mempersiapkan pasuan menjelang Sukan SEA Thailand pada Disember nanti.

Kem negara mendominasi peringkat kumpulan apabila menewaskan Indonesia dan Filipina untuk bergelar juara kumpulan sebelum tewas kepada Thailand 5-10 hari ini.

"Saya akur dengan kekalahan ini, namun saya kita boleh mengenal pasti kelemahan-kelemahan sebagai penanda aras untuk persiapan ke Sukan SEA. Ini merupakan objektik Utama kami iaitu untuk meraih pingat dan mara ke final di Thailand pada hujung tahun ini.

Dalam pada itu, penolong jurulatih skuad Wanita 7s, Nazhim Shahruddin, pula berasakan kejayaan mara ke pentas akhir meskipun berdepan banyak halangan merupakan pencapaian terbaik buat pemain.







Kem negara mencipta sensasi apabila buat pertama kalinya dalam sejarah kejohanan mara ke pentas akhir walaupun tewas kepada Singapura 7-12.

"Kita berjaya tamaktkan Kejohanan Ragbi SEA 7s dan skuad Wanita dapat melakar naib juara, sebelum ini ada kekangan daripada aspek persediaan tetapi mereka berjaya hadapi halangan dan beraksi di pentas akhir.

"Banyak pemain yang pertama kalinya beraksi di dalam stadium, jadi agak gemurah untuk aksi final namun kita tetap Bberjaya memberikan saingan sengit buat pasukan Singapura." katanya.

Advertisement

Must Watch Video