Skip to main content

Sukan Lain

Nigeria umum hasrat calon hos Sukan Komanwel 2030, bandar Abuja jadi pilihan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nigeria-new_1.jpg
Jawatankuasa Olimpik Nigeria (NOC) mengemukakan hasrat sebagai calon tuan rumah bagi temasya 2030 selepas memenuhi kriteria tarikh akhir permohonan pada 28 mac lalu.

Ini merupakan usaha kedua Nigeria untuk membida selepas kegagalan pada 2014 kepada Scotland.

Abuja bakal menjadi bandar pilihan NOC dan ini peluang unik buat mereka dalam mempromosikan pembangunan & budaya sukan negara selain mampu meningkatan kedudukan global.

Kali terakhir Nigeria bertindak selaku tuan rumah kepada sukan bertemasya adalah pada tahun 2003 di Sukan Afrika.

Sebelum ini penganjuran Sukan Komanwel tidak pernah diadakan di negara benua afrika dengan kebiasaanya temasya dianjurkan di negara seperti England, Kanada, Australia selain Malaysia muncul negara asia pertama dipilih selaku tuan rumah pada 1998.

Sukan Komanwel seterusnya akan diadakan di Glasgow, Scotland, dari 17 hingga 29 Mac 2026.

Advertisement

Must Watch Video