Skip to main content

Sukan Lain

Nicol tumpas di tangan pemain muda Mesir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

12417nicoldavid.jpg
Hasrat Datuk Nicol David untuk menjuarai Kejohanan Skuasy Wanita Dunia buat kali kesembilan tidak kesampaian selepas tewas kepada juara remaja, Nouran Gohar, dalam peringkat suku akhir di Pusat Skuasy El Gouna, Kaherah, Mesir, hari ini. 

Nicol, 33, yang juga juara lapan kali kejohanan, tumpas kepada pemain tuan rumah itu, 6-11, 5-11, 9-11, dalam pertarungan selama 45 minit.   
 
Untuk rekod, Nicol merangkul kejuaraan dunia itu pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2014.

Dalam saingan separuh akhir esok, Nouran, 19, akan menentang juara dunia dan juga rakan senegaranya, Nour El Sherbini. 
 

Advertisement

Must Watch Video