Pelajar Temple Universiti, Tyler Sabapathy, meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya selepas terjatuh ketika meraikan kemenangan pasukan Philadelphia Eagles dalam perlawanan National Football League (NFL) di Padang Lincoln Financial, Selasa lalu.
Pelajar kelahiran Toronto yang merupakan ahli gimnastik di universitinya itu dikhabarkan memanjat tiang lampu ketika meraikan kemenangan pasukan kegemarannya dan tergelincir jatuh hingga menyebabkan dia dikejarkan ke hospital.
Untuk rekod, Tyler yang masih berusia 18 tahun itu telah mengumpul lebih daripada 120 pingat dalam semua kejohanan yang disertai sepanjang kariernya dalam sukan gimnastik.
Perlawanan NFL itu menyaksikan Philadelphia Eagles menewaskan Washington Commanders 55-23.

UPDATE: The pole climber who fell, - 18 year old Tyler Sabapathy - passed away from his injuries yesterday.
— Yaakov Strasberg (@YaakovStras) January 29, 2025
Originally from Toronto, Canada, Tyler was a student at Temple University in Philadelphia. https://t.co/L4WV6HBjHj