New Zealand melebarkan rekod selaku juara dua musim berturut-turut Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara 2024/25 dengan melakar kenduri gol menewaskan selepas Pakistan 6-2 di Stadium Hoki Bukit Jalil, sebentar tadi.
Juara bertahan bermula garang apabila seawal minit pertama sudah menjaringkan gol meskipun jaringan itu tidak dikira susulan terkena kaki penyerang New Zealand terlebih dahulu.
Begitupun, Sean Findlay menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti untuk memastikan pasukannya mendahului 1-0, sebelum Sam Hiha pula menggandakan jaringan 20 saat sebelum wisel penamat dibunyikan pengadil perlawanan dalam suku pertama.
Anak buah Tahir Zaman cuba memperkemaskan permainan mereka dalam suku kedua, namun ketajaman jentera serangan Pakistan menjadi mimpi ngeri apabila giliran Dylan Thomas, Sean Findlay dan Scott Boyde pula menampah nama selaku penjaring untuk meletakkan Black Sticks selesa mendahului 5-0 dalam suku kedua.
Suku ketiga berakhir dengan jaringan tunggal Pakistan yang berjaya dihasilkan menerusi Zikriya Hayat untuk memberikan pasukannya nafas kembali meskipun ketinggalan 1-5.
Namun, New Zealand sekali lagi menambah jaringan dua minit sebelum perlawanan berakhir hasil daripada pukulan sudut penalti yang disudahkan oleh Scott Cosslett.
Sebelum wisel penamat dibunyikan, Pakistan dihadiahkan pukulan sudut penalti yang disempurnakan Sufyan Khan untuk menjadikan kedudukan akhir New Zealand menang 6-2.