Skip to main content

Bola Keranjang

NBA: Wizards tempah pertemuan dengan pilihan utama Philadelphia 76ers

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wizards.jpg
Wizards Washington akan menghadapi pilihan utama Sidang Timur, Philadelphia 76ers, dalam pusingan pertama play-off NBA selepas menumpaskan Indiana Pacers dalam kejohanan play-in.

Bradley Beal dan Russell Westbrook bergabung untuk membantu Wizards mengatasi Pacers 142-115 sebentar tadi, sekali gus menjadi pilihan kelapan dari timur.

Beal mencatat 25 mata tertinggi perlawanan sementara Westbrook menambah 18 mata dan 15 bantuan jaringan lagi untuk catatan berganda bagi mengakhiri musim Indiana itu. 

 

Triple-double daripada Domantas Sabonis (19 mata, 11 rebound dan 10 bantuan jaringan) selain 24 mata sumbangan Malcolm Brogdon belum memadai untuk Pacers mara selepas mengatasi rintangan awal berdepan Charlotte Hornets. 

Selepas suku pertama yang sengit, Wizards memimpin 14 mata dalam separuh masa dan sejak itu tidak lagi menoleh ke belakang untuk mengungguli Pacers 48-31 dalam suku ketiga.

Justeru, The Wizards akan membuka siri pusingan pertama menentang 76ers di Philadelphia, Isnin depan. 

Washington pula kembali ke play-off buat pertama kalinya sejak 2017-18 selepas memadam kelebihan Toronto Raptors dalam pertemuan pertama. 

 

Advertisement

Must Watch Video