Kyrie Irving akan membuat penampilan di laman sendiri bersama Brooklyn Nets, Isnin depan, buat julung kalinya musim ini selepas pemansuhan peraturan vaksinasi di New York yang berkuat kuasa esok, menurut laporan.
Pemain NBA berumur 29 tahun itu hanya beraksi 19 perlawanan musim ini selepas memutuskan untuk tidak mendapatkan vaksin, tetapi cemerlang apabila berada dalam kesebelasan utama dengan purata menyumbangkan 27 mata, lima rebound dan lima bantuan jaringan.
Walaupun pemain New York dikenakan syarat wajib vaksinasi, tonggak daripada pasukan pelawat pula tidak terikat kepada syarat yang sama.
Dengan pengecualian baru ke atas atlet dan penghibur tempatan bermula esok, ini bermakna Irving boleh dipertaruhkan untuk melayani kunjungaan Charlotte Hornets.
Ia detik getir buat Nets yang mungkin perlu memenangi kesemua perlawanan di tempat sendiri untuk menghidupkan peluang ke play-off.