Kevin Durant berkata bahawa dia tidak perlu membantu aset terbaru Brooklyn Nets, Ben Simmons, selepas pemain itu bergelut dengan kecederaan dalam usahanya untuk kembali beraksi dalam NBA.
Simmons, yang menyertai Nets daripada Philadelphia 76ers buan lalu, menerima suntikan epidura minggu ini, sekali gus menyaksikan penampilan pertamanya bersama Brooklyn sekali lagi tertangguh sejak beberapa minggu lalu.
Pemain berusia 25 tahun itu tidak pernah beraksi sejak diketepikan 76ers selepas separuh pertama musim ini atas sebab masalah kesihatan berikutan disingkirkan daripada playoff musim 2021.
Nets dilaporkan berharap agar Simmons dapat beraksi menjelang aksi playoff ketika pemain itu sedang menjalani pemulihan kecederaan belakang.
Selepas tewas tipis 111-113 kepada Dallas Mavericks hari ini, Durant ditanya mengenai cara untuk membantu Simmons memandangkan dia sudah terlalu lama diketepikan.
"Dia sudah besar. Dia seorang All-Star. Dia kini seorang pemain veteran dalam liga ini," jawab Durant.
"Dia perlu memastikan dirinya terus terlibat. Saya tidak akan membantu mana-mana pemain dalam liga ini. Dia tahu perkara itu.
"Dia tidak mahu orang lain memastikan bahawa dia seorang profesional. Saya tidak sabar untuk melihat dia kembali beraksi tetapi saya tidak mahu menggesanya.
"Harap-harap dia akan kembali beraksi tidak lama lagi. Saya tahu dia sedang merinduinya," katanya.

THIS DUDE IS UNREAL ???@TISSOT | #MFFL pic.twitter.com/SMQfQku3U0
— Dallas Mavericks (@dallasmavs) March 17, 2022