Skip to main content

Bola Keranjang

NBA: Perlawanan Raptors-Pacers dihentikan selepas pembesar suara terbakar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

scotiabank-arena.jpg
Perlawanan di antara Toronto Raptors dan Indiana Pacers hari ini terpaksa dihentikan buat seketika dalam suku kedua selepas sebuah pembesar suara yang tergantung di atas tempat duduk penonton terbakar.

Penyokong diminta untuk meninggalkan Arena Scotiabank berbaki kurang lima minit sebelum tamat separuh masa pertama, di mana Raptors ketika itu sedang mendahului 66-38.

Pihak Bomba Toronto kemudian tiba di tapak kejadian dan mengesahkan tiada sebarang individu tercedera dalam insiden itu walaupun arena berkenaan terpaksa dikosongkan bagi tujuan pencegahan.

Selepas dihentikan selama lebih sejam, perlawanan itu kemudian disambung tanpa penonton.

Toronto, yang menamatkan perlawanan dengan kemenangan 131-91, mengeluarkan satu permohonan maaf dan berjanji akan membayar semula setiap tiket yang dibeli penyokong.
 

Advertisement

Must Watch Video