Skip to main content

Bola Keranjang

NBA : Oklahoma City Thunder selangkah bergelar Juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gtno3mmacaep9gx.jpg
Oklahoma City Thunder berjaya meraih kemenangan berganda, sekali gus mendahului siri Finals 3-2 selepas menewaskan Indiana Pacers 120-109 dalam perlawanan kelima pada Selasa.

Thunder dan Pacers terikat dengan keputusan 2-2 sebelum aksi kelima apabila Pacers meraih kemenangan dalam perlawanan pertama dan ketiga, manakala Thunder mencapai kemenangan pada perlawanan kedua dan keempat.

Pasukan kendalian Mark Daigneault sebelum itu berjaya menundukkan Pacers di laman lawan. Bermain di hadapan penyokong sendiri kali ini semestinya menyuntik semangat pemain untuk menoktahkan aksi dengan kemenangan berganda.

 

40 mata daripada Jalen Williams semestinya membantu The Thunder untuk kekal mengawal perlawanan. Shai Gilgeous Alexander juga turut menjadi wira dalam aksi tersebut selepas meraih 31 mata sepanjang aksi.

Berbaki lagi dua perlawanan Finals, Oklahoma City Thunder yang mendahului 3-2 hanya memerlukan kemenangan pada perlawanan keenam untuk dinobat selaku juara NBA musim ini. Mampukah Thunder mengekalkan rentak kemenangan? Ataupun Indiana Pacers bakal membawa aksi ke perlawanan penentuan?

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video