Oklahoma City Thunder akhirnya menjulang kejuaraan NBA 2025 selepas menewaskan Indiana Pacers dengan keputusan 103–91 dalam perlawanan penentuan Game 7 di hadapan penyokong sendiri di Paycom Center.
Kejayaan ini menandakan kejuaraan NBA pertama buat Thunder sejak perpindahan dari Seattle pada tahun 2008 dan juga kali pertama dalam sejarah francais sejak 1979, ketika mereka masih dikenali sebagai Seattle SuperSonics.
Perlawanan berlangsung tegang sejak awal. Thunder mendahului tipis pada suku pertama dengan skor 25–22, namun Pacers memberi saingan hebat dan sempat memimpin di suku kedua.
Namun, segala-galanya berubah apabila Tyrese Haliburton, pemain utama Indiana, mengalami kecederaan tendon Achilles dan terpaksa dikeluarkan pada awal suku ketiga. Kehilangan Haliburton memberikan impak besar kepada irama permainan Pacers.
Shai Gilgeous-Alexander (SGA) segera mengambil kesempatan dengan mengawal rentak permainan. Beliau menamatkan perlawanan dengan 29 mata dan 12 bantuan, menjadi tonggak utama kemenangan Thunder. Jalen Williams turut menyumbang 20 mata, manakala Chet Holmgren memberi kekuatan di bawah ring dengan blok dan rebound penting.
Suku keempat menyaksikan Thunder mendominasi dengan ‘run’ 9-0, mematahkan harapan kebangkitan Pacers. SGA menutup malam bersejarah itu dengan lay-up bergaya sebelum meraikan bersama penyokong tuan rumah.

Drafted 11th overall out of Kentucky in 2018, #KiaMVP this season... and now NBA CHAMPION in Year 7.
— NBA (@NBA) June 23, 2025
First-time NBA Finals MVP... Shai Gilgeous-Alexander! pic.twitter.com/d84N1G6nmp