NEW ORLEANS 130 BROOLYN 108
New Orleans Pelicans melaungkan amaran kepada seteru Liga Bolakeranjang Kebangsaan (NBA) dengan menewaskan Brooklyn Nets 130-108 dalam perlawanan pembukaan musim ini, sebentar tadi.
Bermain di tempat lawan, Pelicans menikmati permulaan hebat dengan mengutip lapan mata dalam suku pertama menerusi Zion Williamson yang membantu untuk membina pendahuluan 32-14 dalam suku pertama.
Nets memberi saingan dalam suku kedua dengan memungut 36 mata untuk merapatkan jurang kepada 58-50 yang menyaksikan Kevin Durant menyumbangkan 21 mata dalam separuh masa pertama, tetapi Pelicans kembali mencetak 40 mata dalam suku ketiga untuk di kedudukan selesa.
Dalam perlawanan pertamanya sejak Mei 2021, Williamson kelihatan dalam prestasi luar biasanya dengan menjaringkan 25 mata dalam 11 daripada 22 percubaannya selain sembilan rebound, tiga bantuan jaringan dan empat rampasan.
Dia bergandingan baik di samping Brandon Ingram -- yang mencipta jaringan terbanyak buat Pelicans menerusi 28 mata (10 daripada 17 percubaan, tujuh rebound dan lima bantuan jaringan) -- termasuk C.J. McCollum (21 mata dan enam bantuan jaringan).

Z SLAMS IT DOWN ? pic.twitter.com/EZKAsQFMyt
— New Orleans Pelicans (@PelicansNBA) October 20, 2022