Skip to main content

Bola Keranjang

NBA: Miami Heat makin dekat tawan Persidangan Timur

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

heat.jpg
Miami Heat hanya memerlukan satu kemenangan lagi untuk muncul sebagai pilihan utama Persidangan Timur selepas mereka membelasah Charlotte Hornets 144-114, sebentar tadi. 

Selepas francais mereka melakar rekod tertinggi pungutan tiga mata dalam tiga perlawanan musim ini, Heat sekali lagi mengatasi rekod itu apabila menyempurnakan 23 daripada 42 percubaan yang dimiliki. 

Tyler Herro menyumbang lapan kali daripada 14 percubaan dan dengan demikian, dia turut menyamai rekod francais itu -- sebelum ini dipegang oleh Dwyane Wade -- apabila menghasilkan 35 mata dari bangku simpanan untuk menjarakkan diri dengan pencabar terdekat, Boston Celtics.

Usaha Hornets -- melengkapkan slot terakhir Persidangan Timur -- terjejas selepas gabungan Jimmy Butler dan Bam Adebayo hanya mampu mengutip 49 mata sementara Kyle Lowry pula tersisih. 

Sementara itu, Pascal Siakam mengumpul 31 mata dan 13 rebound ketika Toronto Raptors memastikan tempat ke play-off Persidangan Timur apabila menewaskan Atlanta Hawks 118-108.




 

Advertisement

Must Watch Video