Persembahan istimewa sewaktu Game 4 di antara Heat dan Denver Nugget itu berakhir dengan buruk apabila bekas juara UFC, McGregor, menumbuk jatuh Burnie, yang memakai sarung tangan tinju besar, ke lantai dengan tumbukan hook tangan kirinya sebelum menambah satu lagi tumbukan sewaktu maskot Miami itu sudahpun terbaring di lantai.
Maskot itu kemudian diusung keluar gelanggang oleh tiga orang dan individu yang menyarung maskot berkenaan kemudian dilaporkan dikejarkan ke bahagian kecemasan di hospital terdekat bagi mendapatkan rawatan.
Heat enggan mengeluarkan sebarang komen berkenaan insiden itu tetapi laporan terbaru menyatakan bahawa maskot berkenaan sudah dibenarkan keluar hospital dan sedang menjalani pemulihan.
McGregor, yang diejek sebahagian besar penyokong Miami sejak awal ketibaannya, menunggu sehingga penghujung perlawanan itu, di mana Nuggets menang 105-95 untuk kini mendahului 3-1.
Conor McGregor's publicity stunt had a painful ending for the man inside the Miami Heat mascot suit, who had to attend hospital after his rehearsed clash with the former UFC champion. ?? pic.twitter.com/6AEuiazVkC
— Sky Sports (@SkySports) June 11, 2023