Skip to main content

Bola Keranjang

NBA: Marcus Smart diangkat Pertahanan Terbaik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

marcus-smart.jpg
Pemain Boston Celtics, Marcus Smart, telah dinamakan sebagai guard pertama sejak Gary Payto untuk memenangi Pemain Terbaik Tahunan 1996.

Bintang berumur 28 tahun itu adalah pertahanan terbaik dalam NBA (melepaskan 106.2 mata dalam setiap 100 penguasaan) ketika Celtics menewaskan Golden State Warriors (106.6 mata) dan Phoenix Suns (106.8 mata).

Sumber utama nilai pertahanannya hadir menerusi keupayaannya untuk melancarkan peralihan posisi bertahan Boston apabila menyusup ke bahagian tengah dan ke depan selain mampu mengekang fizikal pemain yang besar. 

Smart dijangka bersaing dengan rakan sepasukan, Robert Williams III, yang makin menyerlah di bahagian pertahanan musim ini, tetapi Celtics masih mampu mengekalkan kualiti mereka pada akhir musim ini sekalipun Williams tidak dapat diturunkan akibat kecederaan.

Dalam kalangan pemain yang bermain sekurang-kurangnya 20 perlawanan musim ini dan purata sekurang-kurangnya 20 minit, Smart berada di kedudukan 10 teratas ketika bertahan.

Dua lagi finalis untuk anugerah itu ialah pemain Phoenix, Mikal Bridges, dan tonggak Utah Jazz, Rudy Gobert.

Advertisement

Must Watch Video