LeBron James memecahkan rekod selaku pemain paling banyak mempunyai minit permainan dalam sejarah Liga Bola Keranjang Amerika Syarikat (NBA) ketika membantu Lakers atasi Sacramento Kings.
Pemain berusia 39 tahun itu mengatasi rekod Kareem Abdul-Jabbar ketika melengkapkan minit ke-57,447 dalam gelanggang dengan kemenangan 113-100 pada Jumaat.
James berjaya menjaringkan 19 mata manakala rakan sepasukannya, Austin Reaves, mendahului dengan 25 mata.
"Anggap ia hanya sebuah komitmen dengan kemahiran sedia ada, semangat dan cinta saya untuk permainan ini" kata James.
Lakers bakal bertemu Kings kembali pada Ahad, jam 7.00 pagi.
Sabrina Mustaffa
Sat Dec 21 2024