Skip to main content

Bola Keranjang

NBA: Lebron James gembira sudah mula dapat rentak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lebron-james.jpg
Selepas diketepikan selama dua bulan berikutan kecederaan buku lali, LeBron James kembali memberikan persembahan positif ketika kembali membarisi Los Angeles Lakers semalam. 

James beraksi 28 minit ketika Lakers menang 122-115 ke atas Indiana Pacers, meraih 24 mata, lapan assist dan tujuh rebound.

Dia terlepas 26 daripada 28 perlawanan Lakers selepas mengalami kecederaan buku lali pada 20 Mac, namun berkata berasa semakin baik berbanding dua minggu lalu.

"Saya berasa baik -- jauh lebih baik berbanding sebelum ini," katanya.

"Saya telah berusaha keras untuk memastikan buku lali saya bersedia untuk menghadapi perlawanan, namun kini saya berasa cukup baik.

"Saya fikir setiap perlawanan akan menjadi lebih baik dan lebih baik, tetapi ini adalah ujian pertama yang baik untuk saya."
 

 

Advertisement

Must Watch Video