NBA
NBA: LaMelo gembira tewaskan Lonzo dalam pertembungan adik-beradik Ball
LaMelo Ball mendedahkan bahawa dia berasa hebat apabila berdepan abangnya, Lonzo, ketika Charlotte Hornets menewaskan New Orlean Pelicans dalam NBA hari ini.
LaMelo menghasilkan 12 mata, 10 rebound dan sembilan bantuan dalam kemenangan 118-110 Hornets.
Abangnya, Lonzo, mempamerkan aksi kurang berkesan dengan hanya merekodkan lima mata, tiga bantuan dan dua rebound buat Pelicans.
Iklan
LaMelo, yang mendapatkan 'double-double' pertamanya sepanjang karier dalam NBA, menikmati perlawanan menentang abangnya itu.
"Ia sudah pasti satu perasaan yang hebat," katanya kepada Fox Sports.
"Selepas ini, kami tidak mahu hidup dalam waktu silam, kami mempunyai satu perlawanan lain esok."
Gordon Hayward menjulang Hornets dengan 26 mata manakala Zion Williamson turut menghasilkan 26 mata buat Pelicans.?️rotherly Love pic.twitter.com/oUq9qkb4mY— Charlotte Hornets (@hornets) January 9, 2021
LaMelo memuji pasukannya atas kerjasama mereka untuk meningkat ke kedudkan 4-5.
"Saya banyak bermain bola keranjang dan saya tahu bola keranjang tidak berubah.
"Pada akhirnya, saya bermain hebat tetapi semua rakan sepasukan kami membantu sesama sendiri dan mendorong sesama sendiri," tambahnya.
Must-Watch Video