Skip to main content

Sukan Lain

NBA: Lakers hanya perlukan satu kemenangan untuk mara ke NBA Finals

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lebronjames.jpg
The Los Angeles Lakers kini hampiri NBA Finals selepas mengatasi Jamal Murray dan The Denver Nuggets 114-108 dalam Perlawanan 4 dalam aksi final Western Conference.

LeBron James dan Anthony Davis memimpin pilihan utama Lakers, untuk mendahului 3-1 dalam saingan playoff NBA di Walt Disney World Resort sebentar tadi..

James merekodkan 26 mata, sembilan rebound dan lapan assist sementara Davis merekodkan 34 mata.

Terdapat perkara yang membimbangkan dalam suku keempat apabila Davis berguling kesakitan selepas mengalami kecederaan buku lali namun berjaya meneruskan permainan.
 

 

Advertisement

Must Watch Video