Skip to main content

Advertisement

Bola Keranjang

NBA: L.A Lakers hampir jadi mangsa permulaan lembab

lebron.jpg
Los Angeles Lakers pulih daripada prestasi lembab pada awal permainan apabila kental dengan kemenangan 119-112 dalam perlawanan pertama bagi aksi berturut-turut menentang Oklahoma City Thunder, sebentar tadi. 

L.A pincang tanpa Anthony Davis, Markieff Morris -- tonggak empat perlawanan terakhir -- dalam kesebelasan utama termasuk Alex Caruso di sebalik berita gembira Wesley Matthews kembali ke pangkuan pasukan.

Thunder melancarkan serangan awal dengan memanfaatkan enam daripada lapan balingan pertama mereka yang menyaksikan sumbangan tiga mata daripada Shai Gilgeuous-Alexander untuk Lakers ketinggalan 7-14.

Tuan rumah jelas terjejas tanpa khidmat Davis apabila gagal mengekang 14 daripada 22 mata Thunder. 

Bagaimanapun, beberapa kekentalan pertahanan membolehkan Lakers merapatkan kedudukan 15-22 sebelum Thunder menmanfaatkan aksi tidak menentukan lawan untuk mendahului 33-26.

Namun, gabungan Montrezl Harrell, Kyle Kuzma, Talen Horton-Tucker, Matthews dan LeBron James kembali menyalakan perjuangan L.A untuk mengikat kedudukan 42-42.


 

L.A mengukuhkan pertahanan mereka pada lewat suku kedua itu namun kemarau mata hampir enam minit yang mendorong Thunder memimpin permainan 60-56 dalam separuh masa pertama.

Dennis Schroder, yang gagal memperoleh sebarang mata dalam babak sebelumnya, memulakan suku ketiga itu dengan melancarkan tiga percubaan berturut-turut untuk mencatat angka berganda, secara tidak langsung memberikan Lakers pendahuluan sejak suku pertama.

Gandingan padu itu dikekalkan dan mereka mencatat 16-2 mata dalam masa empat minit terakhir suku ketiga, sekali gus hanya membenarkan Thunder mendahului 84-76.

Biarpun L.A tidak begitu bertenaga di peringkat selepas itu, James masih mampu menamatkan penantian untuk merekodkan 'triple double' -- 18 mata, 10 rebound dan 10 bantuan jaringan -- sementara Kuzma memperoleh double-double pada awal suku keempat untuk 11 mata dan 10 rebound.

Lakers hanya ketinggalan lima mata di kedudukan 94-89 hasil aksi menarik Harrell untuk terus menghambat lawan dengan satu mata ketika permainan berbaki lima minit. 

Kedua-dua pasukan saling mengutip tiga mata sebelum Matthews direhatkan yang mendorong James bertukar peranan. 

Thunder mempertahankan penguasaan mereka apabila Gilgeuous-Alexander meraih tiga lontaran percuma atas tindakan kasar Kentavious Caldwell-Pope di udara. 

Begitupun, dua serangan tiga mata daripada James memaksa permainan berlanjutan ke tambahan masa selama lima minit. 

Tuan rumah bingkas menggunakan kesempatan itu untuk memintas lawan menerusi jaringan Harrell dan Schroder disusuli tiga mata oleh Matthews bagi memuktamadkan kemenangan mereka. 


 

Advertisement

Must Watch Video