Kyrie Irving bersetuju menandatangani kontrak baru untuk kekal bersama Dallas Mavericks dan bergandingan dengan seorang lagi pemain bintang, Luka Doncic, demikian dilaporkan media-media di Amerika Syarikat.
Kesepakatan baru itu dilaporkan bernilai $126 juta (RM588.10 juta) bagi tempoh tiga musim dan pemain itu memiliki pilihan sama ada mahu meneruskannya atau tidak untuk tahun terakhir kontraknya.
Fasa perbincangan pemain NBA bermula pada Jumaat lalu dan sebarang kesepakatan tidak akan dikira rasmi sehingga penghujung moratorium tahunan liga itu pada Jumaat depan.
Mavericks mendapatkan Irving pada tarikh akhir perpindahan musim lalu selepas melepaskan Spencer Dinwiddie, Dorian Finney-Smith dan draf pampasan tetapi Irving sebelum ini dilaporkan sedia mencari pasukan lain selaku pemain dengan status ejen bebas.
Sebagai rekod, Irving telah beraksi sebanyak 671 perlawanan sepanjang kariernya sejak didaftarkan sebagai pemain nombor satu dalam draft NBA pada 2011.
Secara purata, dia mendaftarkan 23.4 mata, 3,9 rebound dan 5.7 bantuan bagi setiap perlawanan.

Big Shoutout to
— Chief Hélà ?? (@KyrieIrving) June 30, 2023
My Agent Shetellia Riley Irving
and
My business manager Drederick Irving,
who did a great job throughout the whole entire process.
Thank you
A11EVEN MANAGEMENT FIRM
Hélà
??♾