Skip to main content

Bola Keranjang

NBA: Kyrie Irving serlah kewibawaan pacu The Nets

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

irving.png
Kyrie Irving memainkan peranan utama untuk memungut 40 mata susulan kecederaan James Harden pada awal permainan dalam kemenangan 114-112 Brooklyn Nets ke atas New York Knicks, sebentar tadi. 

Dalam perlawanan pertamanya selepas dilanda masalah hamstring, Harden kemudian terpaksa meninggalkan gelanggang berkenaan selepas empat minit akibat kecederaan berulang dan kelibatnya tidak kelihatan selepas itu. 

The Nets sudah pun tanpa khidmat Kevin Durant, Tyler Johnson, Landry Shamet dan Blake Griffin tetapi point guard utama mereka itu menyerlah pada saat diperlukan bagi melebarkan rekod Brooklyn 35-16 bagi mencerahkan peluang mengungguli Sidang Timur.

Irving menamatkan permainan dengan 40 mata, termasuk lima kali menyumbang tiga mata dan tujuh bantuan jaringan sementara Jeff Green menyumbang 23 mata.


 
Sementara itu, sembilan rentetan kemenangan Utah Jazz akhirnya dimusnahkan oleh Luka Doncic dan Dallas Mavericks dalam kemenangan 111-103.

Doncic menghampiri catatan 'triple-double' untuk menamatkan aksi dengan 31 mata selain menyumbang sembilan rebound dan lapan bantuan jaringan untuk Mavs.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video