Skip to main content

Bola Keranjang

NBA: Kings cari ketua jurulatih baru ganti Gentry

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

alvin-gentry.jpg
Sacramento Kings sedang mencari ketua jurulatih baru selepas memilih untuk tidak menyambung tugas pengurus interim, Alvin Gentry.

Gentry dilantik sebagai ketua jurulatih sementara bagi menggantikan Loke Walton, yang dipecat selepas permulaan 6-11 musim ini, pada November lalu.

Kings kemudian merekodkan 24-41 di bawah bimbingan bekas jurulatih New Orleans Pelicans itu dan menamatkan Sidang Barat di tempat ke-12 dan terlepas slot ke playoff buat musim ke-16 berturut-turut.

Kings mengesahkan harin ini bahawa Gentry tidak lagi akan bersama pasukan itu bagi musim 2022-23.

Pengurus Besar Kings, Monte McNair, berkata dalam satu kenyataan: "Seluruh organisasi Kings mengucapkan terima kasih atas kepimpinan Alvin Gentry, yang tampil apabila diberikan tanggungkawab ini pada pertengahan musim lalu.

"Kami menghargai kepimpinannya di dalam atau di luar gelanggang."

 

Advertisement

Must Watch Video