Skip to main content

Bola Keranjang

NBA: Kelincahan Beal belum cukup kekang 76ers

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

beal-nba.jpg
Bradley Beal menyamai rekod Washington Wizards dengan menyumbangkan 60 mata dalam kekalahan NBA kepada Philadelphia 76ers, sebentar tadi. 

Beal mengutip mata setinggi itu dalam 20 daripada 35 percubaannya termasuk tujuh daripada 10 lontarannya adalah melalui jarak tiga mata, tetapi terpaksa akur tumpas 141-136 kepada 76ers.

Pemain di posisi guard itu menyamai catatan Gilbert Arenas ketika Wizards menentang Los Angeles Lakers pada 2006, manakala Russell Westbrook pula menyumbangkan 20 mata. 
 

Begitupun, Washington masih gagal mengekang lawan selepas Joel Embiid (38 mata) dan Seth Curry (28 mata) memastikan 76ers mendahului selesa. 
 

Advertisement

Must Watch Video