LeBron James menerima dia mungkin hanya memiliki maksimum dua tahun sahaja lagi sebelum mengambil keputusan untuk menamatkan kariernya yang penuh gilang gemilang dalam saingan NBA.

Pemain berusia 39 tahun itu, yang bermain dalam musim ke-22, membantu Los Angeles Lakers melakar kemenangan 128-123 ke atas Memphis Grizzlies semalam.

James menamatkan permainan dengan 35 mata, 12 rebound, 14 bantuan jaringan untuk membantu Lakers memperbaiki rekod 7-4 selepas 11 perlawanan, menjadi tiga kemenangan sejak tewas kepada Grizzlies minggu lalu.

Dengan persembahan yang cukup menakjubkan ditampilkan, dia menjadi pemain tertua yang merekodkan tiga triple-doubles berturut-turut pada usia 39 tahun dan 319 hari.

Ia mengatasi rekodnya dirinya yang terdahulu ketika berusia 34 tahun dan 310 hari, namun James menyedari dia tidak mampu kekal berada di tahap elit selamanya.

"Saya tidak akan bermain lebih lama lagi, sejujurnya," katanya.

"Saya tidak tahu berapa tahun itu, sama ada setahun atau dua tahun."

"Saya tidak akan bermain sehingga tidak mampu berjalan lagi. Saya tidak akan menjadi lelaki yang tidak menghormati permainan kerana saya hanya mahu berada di atas gelanggang."