Miami Heat mencerahkan laluan ke perlawanan akhir Persidangan Timur NBA apabila melepasi Philadelphia 76ers dalam kemenangan 120-85, sebentar tadi.
Heat selesa mendahului perlawanan siri itu 3-2 yang menyaksikan Sixers tumbang dalam suku ketiga di FTX Arena apabila hanya menyempurnakan tiga daripada 12 lontaran selain Joel Embiid.
Ketika Heat semakin garang -- Jimmy Butler melengkapkan sembilan daripada 15 lontarannya untuk mengumpul 23 mata, sembilan rebound dan enam bantuan jaringan - pelawat pula mengambil langkah berani dengan merehatkan Embiid, James Harden dan Tyrese Maxey ketika suku keempat berbaki lapan minit.
Sementara itu, Phoenix Suns turut meraih kemenangan penting siri kelima apabila mengalahkan Dallas Mavericks 110-80.
Mavericks memberi tentangan sengit pada awal permainan sebelum senario itu berubah selepas rehat apabila Suns mula menjarakkan diri dengan lebih selesa untuk agregat 3-2 dalam pertemuan tujuh siri berkenaan.

Producer. Hype Man. Masseuse… @djkhaled does it all ? pic.twitter.com/lUSlg3DPO1
— Miami HEAT (@MiamiHEAT) May 11, 2022