Skip to main content

Bola Keranjang

NBA Finals: Denver Nuggets raih gelaran pertama tumbangkan Miami Heat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

denver-nuggets-champion-nba.jpg
Denver Nuggets memenangi gelaran NBA pertama dalam sejarah mereka selepas menewaskan Miami Heat 94-89 dalam Game 5 NBA Finals hari ini.

Nuggets mengatasi asakan terakhir yang cuba dilakukan Miami untuk memperoleh kemenangan keempat daripada aksi tujuh perlawanan itu untuk menjulang Trofi Larry O'Brien di depan penyokong sendiri menerusi kemenangan 4-1.

Nikola Jokic sekali lagi mempamerkan aksi terpuji untuk mengetuai kemenangan Denver dengan menjaringkan 28 mata sambil Jimmy Butler pula menamatkan perlawanan itu dengan 21 mata selepas cuba mencetuskan kebangkitan buat Heat di penghujung permainan dalam usaha mereka untuk mengheret ke perlawanan keenam di Miami.

Nuggets, bagaimanapun, bergelut pada awal saingan untuk Heat mendahului tujuh mata menjelang separuh masa tetapi mereka kemudian mempamerkan pertahanan luar biasa untuk hanya membenarkan Miami meraih 38 mata dalam dua suku terakhir.

Lapan mata berturut-turut di samping dua lontaran percuma yang berhasil buat Butler menyaksikan Heat kembali mendahului satu mata berbaki dua minit tetapi pasukan pelawat itu ternyata tidak dapat mengekang kemenangan Denver.
 

Advertisement

Must Watch Video