NBA
NBA: Durant sumbang 51 mata dalam kemenangan Brooklyn Nets
DETR0IT PISTONS 104 BROOKLYN NETS 116
Ketua jurulatih Brooklyn Nets, Steve Nash, menyifatkan Kevin Durant sebagai luar biasa selepas menjaringkan mata tertinggi musim ini, 51, dalam kemenangan 116-104 pasukan itu ke atas Detroit Pistons, sebentar tadi.
Nets yang mendahului Sidang Timur menumbangkan Pistons hasil kelincahan Durant yang menyempurnakan 16 daripada 31 percubaan termasuk lima lontaran tiga mata meskipun tanpa kehadiran rakan sepasukan, James Harden, yang direhatkan.
Iklan
51 mata yang dilakar Durant itu mengatasi markah bintang Golden State Warriors, Stephen Curry, 50 mata untuk catatan individu tertinggi musim ini selain turut merakam sembilan bantuan jaringan dan tujuh rebound.
"Kevin luar biasa," kata Nash dalam sidang akhbar selepas perlawanan.
"Ia bukan satu malam yang mudah. Mereka berusaha keras. Mengerah banyak tenaga.
"Kami mempertaruhkan barisan yang berbeza. Saya fikir pemain-pemain lawan sentiasa mencari ruang dan kedudukan, jadi terdapat beberapa cabaran yang kami hadapi.
"Untuk menjaringkan 51 mata, sembilan bantuan jaringan, tujuh rebound, dua hadangan dan satu rampasan bola merupakan sesuatu yang luar biasa."
▪️ 8th 50-point game of @KDTrey5's career▪️ 10th 50-point game in franchise history▪️ Highest-scoring game in the league this seasonGREATNESS. pic.twitter.com/aGcRLP5Yyb— Brooklyn Nets (@BrooklynNets) December 13, 2021
Ia merupakan kali kelapan dia mencapai 50 mata dalam sesebuah perlawanan selain kali ke-10 yang dilakar kelab yang berpangkalan di Brooklyn itu.
Tatkala Pistons bergelut untuk memberikan cabaran, Durant mendominasi suku kedua dan ketiga dengan menyumbang 35 daripada 55 mata pasukannya sepanjang tempoh itu.
"Saya rasa kami memulakan permainan dengan bertenaga dan dalam suku kedua, mereka meningkatkan tekanan," kata Durant kepada pemberita.
"Saya rasa seperti kami banyak mengubahnya dalam suku kedua dan ketiga.
Saya hanya cuba mengekalkan bola dan cuba melakukan jaringan setiap kali saya merampas bola. Saya berhasil melakukannya beberapa kali."
Must-Watch Video