Skip to main content

Bola Keranjang

NBA: Durant cari rentak selepas 552 hari tidak beraksi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kevindurant_1.jpg
Kevin Durant berasa baik dalam penampilan pertamanya bersama Brooklyn Nets dan pemain bintang itu mahu terus mencari rentak terbaiknya selepas pulih daripada kecederaan.

Durant terlepas seluruh musim lalu susulan mengalami keretakan tulang Achilles ketika mewakili Golden State Warriors dalam Final NBA 2019.

Selepas melakukan penampilan pertamanya sejak 10 Jun tahun lalu -- juga penampilan pertamanya bersama Nets -- Durant menjaringkan 15 mata dalam 24 minit di Brooklyn untuk pasukannya meraih kemenangan 119-114 ke atas Washington Wizards dalam aksi pramusim malam tadi.

Juara NBA dua kali dan pernah dua kali tersenarai sebagai MVP Final NBA itu gembira dengan penampilan pertamanya selepas 552 hari tidak beraksi.

"Wah, ia berasa baik," katanya kepada YES Network sambil diperhatikan pemain baru Wizards dan bekas rakan sepasukannya, Russell Westbrook.

"Amat jelas situasi sudah berbeza, tiada penyokong di tempat duduk dan saya tahu penyokong Nets tidak sabar menantikan hari ini tetapi harap-harap mereka dapat menikmatinya di TV.

"Ia merupakan langkah pertama saya sebagai pemain, kembali ke gelanggang, kembali meneruskan rutin saya dan saya berasa baik. Saya fikir saya agak berkarat pada permulaan aksi dan saya perlu terus membina rentak dari sini," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video