NBA
NBA: Doncic awal-awal 'reject' Kim Kardashian
Pemain terbaru LA Lakers, Luka Doncic, dijangka membuat penampilan bersama pasukan esok bertemu Utah Jazz.
Penampilan sulung Doncic itu telah dijangka membuka mata ramai pihak yang mahu menyaksikan dirinya menyarung jersi Lakers, menyaksikan era baru francais tersebut dengan bintang yang memiliki masa depan cerah untuk memimpin pasukan pada masa akan datang.
Ia bukanlah satu rahsia Los Angeles adalah bandar dipenuhi bintang dan salah seorang selebriti, Kim Kardashian, tidak sabar untuk menyaksikan Doncic beraksi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dia turut berkata, "Saya mahu belajar bercakap bahasa Slovenia," dalam ruang komen instagram Lakers.
Doncic kemudian membalas dengan ringkas, "Tidak, tolong jangan."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kardashian menjadi terkenal di peringkat antarabangsa kerana kehidupan peribadinya, yang didokumentasikan dalam rancangan realiti Keeping Up with the Kardashians dari 2007 hingga 2021.
Dia telah memanfaatkan kemasyhuran dan pengikut media sosialnya yang besar untuk membina empayar pengguna dalam fesyen, kecantikan dan wangian.