Skip to main content

Bola Keranjang

NBA: Davis mahu terus beraksi untuk Lakers walaupun dihimpit kecederaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

anthony-davis_.jpg
Anthony Davis berjaya menamatkan Perlawanan 3 buat Los Angeles Lakers di sebalik mencederaan lutut kirinya, dan tidak berhajat untuk direhatkan dalam perlawanan 4.

Davis berkata semalam 'tiada peluang' dia akan terlepas perlawanan esok bertemu Phoenix Suns walaupun mengalami bengka di bahagian lutut.

Davis dan Lakers boleh mendahului siri 3-1 jika kemenangan memihak Los Angeles ke atas Suns.

"Tiada peluang saya tidak akan bermain esok," katanya.

"Sebagai pemain, saya mahu berada dalam keadaan ini. Anda mahu beraksi dalam playoff dan membantu pasukan memperoleh kejayaan. Saya mahu beraksi.

"Oleh itu, bagi saya sebagai pesaing, saya fikir saya akan berada di luar sana [Ahad]."
 


 

Advertisement

Must Watch Video